- Hasil kajian saintifik mendapati perkara-perkara berikut:
Cara Islam sembelih (zabiha) ialah potong leher/kerongkong dan salur udara dan saluran darah leher tetapi ia tidak rosakkan saraf tunjang (spinal cord). Jika saraf ini rosak, saraf yang bersambung pada jantung akan putus dan berlaku serangan jantung yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada binatang. Zabiha akan mengeluarkan darah yang banyak. Jika potong leher, jantung masih berdenyut dan binatang tidak mati serta merta.
Kini diketahui dalam darah ada bakteria, kuman dan toksin. Daging sembelih bebas dari bakteria kerana segala kekotoran tersebut keluar bersama darah yang banyak.
Daging sembelihan kekal segar lebih lama berbanding dengan kaedah sembelihan lain.
Kini diketahui cara zabiha itu lebih bertimbang rasa dan tidak menyakitkan binatang berbanding kaedah stunning yang digunakan oleh orang bukan Islam.
Dengan kaedah zabiha bekalan darah kepada saraf akan berhenti yang menyebabkan kesakitan terhenti. Binatang tidak rasa sakit lagi. Kaki binatang yang disembelih kelihatan menendang itu bukan menandakan kesakitan. Sebaliknya kerana kesukaran bernafas sebab kekurangan darah dan oksigen dalam badan.
Kajian oleh Profesor Wilhelm Schulze dan Dr Hazim bertajuk: “Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing”.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan kajian tersebut. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut cara Barat menggunakan kaedah Captive Bolt Pistol Stunning (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment