Friday, November 25, 2022

JENIS SEMBELIHAN

 JENIS SEMBELIHAN

1.Tazkiyah Ikhtiariah- mampu disembelih

•Apa jua haiwan yang boleh disembelih dan yang halal dimakan seperti lembu,kambing, ayam dan lain-lain

•Sembelihan dipangkal leher(menusuk pada bahagian leher) untuk haiwanyang berleher panjang dan sukar direbahkan seperti zirafah dan unta. Manakalabagi unta, ianya disembelih dalam keadaan berdiri di atas tiga kakinya dankakinya yang kiri bahagian hadapan diikat dengan tali. (Abu Malik Kamal,Shahih Fiqhus Sunnah, 2/364– Maktabah at-Taufiqiyah)

• oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tigakakinya(surah Al-Haj:36)

•Makruh hukumnya sekiranya melakukan sembelihan an-nahru terhadap lembu.

.

2. Tazkiyah Idhtiriyah- tidak mampu disembelih pada bahagian asal

•Bagi haiwan yang liar dan tidak dapat dikawal seperti haiwan hutan.

•Haiwan jinak terjatuh ke dalam lubang yang dalam

•Haiwan jinak bertukar menjadi liar 

Dalil: sabda Nabi tentang binatang yang liar lalu seorang lelaki memanahnya dan ia pun mati. Sabda Baginda S.A.W. :

sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat liar binatang liar, apabila iamengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini”. Riwayat al-Bukhari

Harus disembelih dengan cara diburu atau ditikam dengan panah atau lembinguntuk melukakan haiwan itu. Cara ini juga dinamakan Al-‘Aqru iaitu sembelihan darurat(terpaksa)

HASIL UJIAN MENURUT KAEDAH SEMBELIHAN DALAM ISLAM



1) Tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

2) Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

3)  Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

4) Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.





KESIMPULAN

 Daripada hasil kajian tersebut, Profesor  Schulze dan Dr Hazim menyimpulkan bahawa kaedah sembelihan Islam adalah yang terbaik kerana lebih bertimbang rasa. Manakala amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan pula seperti yang diamalkan oleh Barat mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang serba lengkap. Tidak ada lagi agama yang setanding dengannya.  Apa jua yang diperintahkan dalam Islam pasti ada kebaikannya.  Ini kerana perintah itu datangnya dari Allah SWT, pencipta semua perkara dan benda di atas muka bumi ini. 

SEKIAN TERIMA KASIH

KAJIAN DALAM SAINS

 

  • Hasil kajian saintifik mendapati perkara-perkara berikut:

  Cara Islam sembelih (zabiha) ialah potong leher/kerongkong dan salur udara dan saluran darah leher tetapi ia tidak rosakkan saraf tunjang (spinal cord).  Jika saraf ini rosak, saraf yang bersambung pada jantung akan putus dan berlaku serangan jantung yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada binatang.  Zabiha akan mengeluarkan darah yang banyak.  Jika potong leher, jantung masih berdenyut dan binatang tidak mati serta merta.

  Kini diketahui dalam darah ada bakteria, kuman dan toksin. Daging sembelih bebas dari bakteria kerana segala kekotoran tersebut keluar bersama darah yang banyak.

  Daging sembelihan kekal segar lebih lama berbanding dengan kaedah sembelihan lain.

  Kini diketahui cara zabiha itu lebih bertimbang rasa dan tidak menyakitkan binatang berbanding kaedah stunning yang digunakan oleh orang bukan Islam. 

  Dengan kaedah zabiha bekalan darah kepada saraf akan berhenti yang menyebabkan kesakitan terhenti.  Binatang tidak rasa sakit lagi. Kaki binatang yang disembelih kelihatan menendang itu bukan menandakan kesakitan. Sebaliknya kerana kesukaran bernafas sebab kekurangan darah dan oksigen dalam badan.

 Kajian oleh Profesor Wilhelm Schulze dan Dr Hazim bertajuk: “Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing”.

  Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan kajian tersebut. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

 Beberapa ekor haiwan disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut cara Barat menggunakan kaedah Captive Bolt Pistol Stunning (CBP).

  Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan.



ISLAM MENSYARIATKAN BINATANG PERLU DISEMBELIH

 

 Bila ia diwajibkan dalam agama Islam pasti ia ada kelebihan dan kebaikannya, terutamannya dari sudut kesihatan.
 Konsep sembelihan dalam Islam atau zabiha telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan cara yang baik dan teliti.
 Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.

 Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

 Agama Islam ajar penganutnya supaya memastikan pisau untuk sembelihan mesti tajam, beri minum dan makan yang cukup sebelum binatang disembelih. Pisau sembelihan tidak boleh ditunjuk kepada binatang sembelihan dan tidak boleh sembelih depan binatang lain.






Kenapakah binatang ternakan perlu disembelih sebelum boleh dimakan?.  Kenapa tidak boleh dimatikan dengan pelbagai kaedah lain?. Allah SWT telah berfirman dengan sangat jelas bahawa binatang yang dimatikan dengan cara selain dari menyembelih dengan menyebut nama Allah adalah bangkai dan haram di makan.

Dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:3) Allah SWT berfirman yang berbunyi:



“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha.”

HIKMAH SEMBELIHAN

 SUDUT SYARAK

1)BOLEH MEMATIKAN BINATANG DENGAN CARA YANG CEPAT DAN SELAMAT

2)MEMASTIKAN DAGING YANG DIMAKAN BERSIH DAN BERMUTU

3)SEMBELIHAN DENGAN NAMA ALLAH SWT UNTUK MEMELIHARA AKIDAH

4)MEMBEZAKAN ANTARA DAGING YANG HALAL DAN DAGING YANG HARAM

SUDUT SAINS

1)DAPAT MENGELUARKAN DARAH BINATANG DENGAN CEPAT

2)MEMBERSIHKAN DAGING DARIPADA DARAH YANG MENGALIR BAGI MENGHINDARI PENYAKIT 

DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN

 


Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Sabda Rasulullah S.A.W :

إنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya:“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

JENIS SEMBELIHAN

  JENIS SEMBELIHAN 1.Tazkiyah Ikhtiariah- mampu disembelih •Apa jua haiwan yang boleh disembelih dan yang halal dimakan seperti lembu,kambin...